Friday 21 October 2011

SEGMEN BACAAN

KOD GITAR; Lagu Sungai

 
Guru yang pandai bermain gitar boleh memainkan lagu ini untuk dinyanyikan oleh murid-murid
semasa set induksi atau pada bahagian penutup.

KOD GITAR
Tajuk Lagu: Sungai (Lagu KBSR sekolah rendah)

           Em         Am             B7
Airmu mengalir dari gunung jauh di sana

                Am            D               B7
Jernih dan sejuknya sungguh indah dipandang mata

               Em         Am            B7
Kau tetap mengalir walau apa halangan tiba

                Am           D              Em
Tak berhenti henti hingga sampai di laut nanti

       Am          D                 G  E
Masa juga kan berlalu tak menunggu kita

       Am         C               B7
Gunakanlah sepenuhnya janganlah leka

               Em         Am            B7
Kau tetap mengalir walau apa halangan tiba

                Am           D              Em
Tak berhenti henti hingga sampai di laut nanti



Pengenalan:

Selamat Datang diucapkan kepada pengunjung blog saya ini. Bagi pengisian blog ini, saya memilih subjek Bahasa Malaysia Tahun 1. 

         Bahasa Malaysia merupakan subjek teras  yang melibatkan kemahiran bahasa seperti kemahiran mendengar, bertutur, membaca, menulis yang digabungjalinkan dengan aspek seni bahasa dan  aspek tatabahasa.


         Semoga kandungan blog ini dapat memberi manfaat kepada semua.
          
         Yang kurik itu kundi,
            Yang merah itu saga;
         Yang molek itu budi,
             Yang indah itu bahasa.


        Pulau Pandan jauh ke tengah,
           Gunung Daik bercabang tiga;
        Hancur badan dikandung tanah,
           Budi yang baik dikenang juga.
       
Sekian, terima kasih.